Friday, August 7, 2009

about me


Saya Mohd Al-Basied bin Abdullah, berumur 23 tahun dan lahir pada 27 ogos 1986 di kg. Manek Urai lama Kelantan. Saya merupakan anak yang keempat daripada dua belas orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru dari Darjah 1 hingga ke darjah 6 . Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah kebangsaan Laloh sehingga ke Tingkatan 5. Di sekolah dahulu, prestasi pelajaran saya biasa sahaja. Alhamdulillah, keputusan yang saya miliki semasa Sijil Penilaian Menengah agak memuaskan.

selepas itu saya menyambung pelajaran di Insitut kemahiran tinggi belia Negara sepang dalam bidang perekabentuk multimedia tahap 3.Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur dalam program Diploma of engineering technology in computer and networking. Sebelum ini di sekolah saya sering menolong cikgu dalam hal berkaitan computer seperti reformat computer dan membuat servis laptop. Oleh itu, dengan mempelajari dalam program Diploma of engineering technology in computer and networking ini saya mungkin dapat mengasah lagi kemahiran saya dalam bidang ini. Selepas mendapatkan diploma, saya akan cuba melanjutkan pelajaran dalam ijazah lalu membalas balik apa yang ibubapa saya telah lakukan untuk saya dalam melanjutkan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.

Jika saya dapat menamatkan pelajaran saya di UNIKL dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar dahulu. Saya akan mecari pengalaman bekerja selama beberapa tahun dan insya-Allah jika ada rezeki saya akan cuba untuk membuka perniagaan saya sendiri dalam bidang yang saya ceburi iaitu berkaitan dengan computer dan netwoking. Mungkin saya akan membuka syarikat servis computer yang dapat melopori satu Malaysia dan mungkin juga di peringkat antarabangsa sambil berusaha membuktikan bahawa bumiputra juga boleh berjaya.

2 comments: